HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah yaitu sunnah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
HIKMAH BERQURBAN
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi
Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk
mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
- Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap
nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
- Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya
dengan si miskin.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
1. Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN
- Hewan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam
keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging
atau memudaratkan kesehatan.
- Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk
menjalankan ibadah qurban.
- Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
JENIS HEWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN
Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am yaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG QURBAN
·
Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
·
Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.
·
Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan
walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.
KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN
Hendaklah
ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong
ekor, gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya.
Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban yaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib yaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban yaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:

1.
Tiada
atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang
terpotong ekornya.
2.
Gila
3.
Berkudis
walaupun sedikit.
4.
Hewan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5.
Tersangat
kurus.
6.
Buta
sebelah mata atau kedua-duanya.
7.
Berpenyakit
8.
Tersangat
tempang
Tetapi,
jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut,
wajarlah dia melaksanakannya.
Hewan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, hewan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
Makruh mengorbankan hewan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga hewan yang terbelah atau bertebuk telinganya.
KEHARUSAN BERKONGSI HEWAN QURBAN

Seekor
unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari
keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban,
misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan
dagingnya saja.
2.
Bagi
seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang saja, tetapi harus
berkongsi dengan orang lain dalam pahala berkorban dengan seekor korban itu.
3.
Adalah
afdhal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya
untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri
dan kemudian kambing.
4.
Berkorban
dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana
daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
5.
Berqurban
dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta
yang dikongsi oleh tujuh orang.
6.
Yang
utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian kuning, diikuti
dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian binatang yang
sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya,
diikuti dengan binatang qurban yang berwarna merah bulunya.
WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
1.
Bermula
daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)
2.
Waktu
yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari
ufuk.
3.
Berkekalan
waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN
Para ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan ialah orang yang berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.
Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.
Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.
NIAT IBADAH QURBAN
Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.

Disyaratkan
berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah
memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban
berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
Walaubagaimanapun
adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh
wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.Tidak
disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.
HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN
Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.

Semasa
menyembelih binatang qurban disunatkan :
1.
Membaca
Bismillahirrohmanirrahim
2.
Berselawat
ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3.
Menghadapkan
binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4.
Bertakbir
sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
5.
Membaca
doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu
dengannya."
Sebaik-baiknya
ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang
lain.
HUKUM DAGING QURBAN
1. Qurban Wajib dan Qurban Nazar :
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
2. Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).
Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelang atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
3. Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
4. Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit (MENURUT MAZHAB AS-SYAFIE).
5. Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
6. Haram ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:
"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
7. Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

WALLAHUA'LAM
No comments:
Post a Comment